Sekolah Ying Wah telah ditubuhkan pada tahun 14.7.1948 dengan bilangan murid seramai 38 orang serta 2 orang guru termasuk seorang guru besar. Guru besar yang pertama ialah En.Gan Hong Tiong. Beliau hanya memegang jawatan selama enam bulan sahaja. Selepas itu, jawatan guru besar disandang oleh En. Chua Lian Fang selama dua tahun. Kemudian En. Gan Kok Ting memegang jawatan guru besar. Bilangan murid pada masa En Gan Kok Ting menjadi guru beasr pernah sekali dikurangkan hingga ke dua puluh orang sahaja. Selepas En. Phua Wei Ming memegang jawatan guru besar, sebuah bilik darjah baru telah dibina dan bilangan murid meningkat ke empat puluh orang. Sekolah ini telah dijadikan Sekolah Jenis Kebangsaan pada tahun 1960. Bilangan murid juga meningkat hingga ke enam puluh orang dengan 3 orang guru. Memandangkan sekolah ini pada masa itu bertempat di kawasan pedalaman serta tapak sekolah yang begitu kecil sekali (hanya ½ ekar luasnya) maka pada tahun 1969, sekolah ini telah dipindahkan ke tapak sekarang di mana ia dilengkapkan dengan 3 buah bilik darjah serta sebuah tandas. Bilangan murid pada masa itu telah meningkat ke tujuh puluh tiga orang dengan 4 orang guru. Sekolah ini telah dapat dilengkapkan lagi dengan sebuah bilik guru pada tahun 1978. Sekolah ini kemudian dapat dipagarkan dengan peruntukan kerajaan. Guru Besar En. Phua Wei Ming bersara pada tahun 1980 dan jawatannya disandang oleh En. Soo Pak Lee. Semasa perkhimatan beliau, sekolah ini dapat dilengkapkan dengan sebidang padang permainan. Bilangan murid juga menjadi sembilan puluh orang. Pada tahun 1982, En. Woo Chin Yong menjadi guru besar. Jawatan guru besar disandang oleh En. Teoh Hee Chai pada tahun 1984. Sekolah ini menikmati perkembangan yang pesat semasa perkhimatan beliau di mana 3 buah bilik darjah tambahan didirikan serta sebuah gelanggang bola keranjang dibina. En. Khoo Mou Siong menyandang jawatan guru besar pada tahun 1987. Beliau hanya berkhimat di sekolah ini selama sembilan bulan sahaja, kemudian jawatannya disandang oleh En. Lim Tan Seng hingga awal tahun 1992. En. Yaw Ser Kaw menyandang jawatan guru besar selepas En. Lim Tan Seng. Pada masa itu, bilangan murid meningkat ke 151 orang. Pada masa perkhimatan beliau, prestasi UPSR mencapai tahap yang membanggakan. Pada tahun 1997, bangunan ini didapati akan roboh, oleh itu satu tindakan kilat dijalankan di mana bangunan pejabat dan dua buah bilik darjah yang dikenali sebagai “Bangunan Bahaya” segera dibaiki. Dua buah kontena dipinjam oleh En. Teow Chin Piaw sebagai pejabat guru besar dan bilik stor sementara Walaupun pada masa itu menghadapi kemelesetan ekonomi, namun usaha mendirikan bangunan baru tidak dilengah-lengahkan. Amaun anggaran untuk pembinaan bangunan baru ialah lapan puluh lima juta dan masih kekurangan lima puluh juta dengan wang simpanan bank tiga puluh juta sahaja. Maka Lembaga Pengurus dan ahli-ahli jawatankuasa berusaha gigih mencari jalan menyelesaikan masalah keulangan. Atas pertolongan Dato YB Tee Tiong Hock menyandang jawatan sebagai Pengerusi Pembinaan SJK(C) Ying Wah. Selepas bermesyuarat beberapa kali, pada Jun 1999, projek pembinaan mulai ditender 14.11.1999 persembahan amal “Tiger Power Hitz” yang ditaja oleh Sin Chew Jit Poh dan syarikat Calsberg diadakan untuk mengutip derma. Aktiviti ini berjaya mengutip derma sebanyak RM404,800.00 bagi menyelesai masalah kewangan pembinaan. Pada tahun 15.10.1999, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Ting Chiew Peh merasmikan “pecah tanah” pembinaan bangunan baru. Sebuah bilik computer yang berhawa dingin dibina. Pada awal tahun 2000, bilik computer mulai digunakan. Pada akhir tahun 2000, bangunan baru yang berempat tingkat siap dibina dan mula digunakan pada awal tahun 2001. Pada 28.10.2001, sempena ulang tahun sekolah yang ke-53, upacara merasmikan bangunan beru dirasmikan oleh Dato YB Tee Tiong Hock. Bangunan baru berempat tingkat ini mempunyai enam buah bilik darjah, sebuah perpustakaan berhawa dingin, sebuah pejabat dan dewan serba guna. Kini, bangunan ini menuju ke arah pembangunan pemodenan. Selain daripada itu, atas usaha gigih dan kesungguhan guru-guru, prestasi UPSR semakin meningkat. Pada tahun 2003, keputusan UPSR mencapai keputusan cemerlang; iaitu peratus kelulusan mencapai 80.77% dan amat membanggakan keputusan mata pelajaran matematik 100% kelulusan sehingga kini. Pada tahun 28.3.2005, sekolah ini terpilih sebagai School net bersamaan dengan Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di seluruh Malaysia. School Net ini dirasmikan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato Seri Abdullah Badawi melalui net, kita dapat pelbagai pengetahuan. Para ibu bapa dan murid-murid boleh masuk ke web untuk mengetahui perkembagan sekolah. Lantaran itu, Lembaga Pengerusi Tan Hong Kok PJK menaja segala perbelanjaan web. Beliau berharap melalui web, para murid, ibu bapa, dan guru mendapat lebih manfaat dan diharap masa depan ini lebih cemerlang dan gemilang.